Saturday, 28 March 2015

SUKA SUKI D PANGKOR








MEMORI DI SK SG. BAKAU


4 BESTARI


                                                               





                                                                        3 BESTARI



Friday, 9 May 2014

LAPORAN KURSUS PERTANIAN DAN MANUSIA (PRT2008)

Pada 1 October  2010 yang lalu, kumpulan 16 untuk kursus Pertanian dan Manusia (PRT2008) telah dibawa untuk melawat ladang 10. Lawatan tersebut diketuai oleh pensyarah kami sendiri iaitu Profesor Mohd Khaniff bin Yusuf dan pembantu beliau serta pembantu ladang. Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di ladang 10 yang terletak di hadapan kolej serumpun. Kami semua berkumpul di ladang tersebut pada jam 8 pagi. Selepas itu Prof. Khanif menyerahkan tugas beliau kepada pembantu ladang untuk untuk memberikan penerangan lebih lanjut yang berkaitan lawatan tersebut.
            Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan lebih lanjut dalam dunia pertanian. Disini pelajar dapat menimba ilmu bukan sekadar mendengar teori di dalam kelas bahkan dapat melihat secara langsung aktiviti pertanian di ladang.
            Sebelum kami dibawa untuk melawat ladang, pembantu ladang menerangkan serba sedikit tentang ladang 10. Ladang 10 bersaiz lebih kurang 17 hektar. Ladang 10 juga dikenali sebagai ladang bersepadu. Ladang tersebut mempunyai 4 kawasan untuk aktiviti pertanian. Antara kawasan tersebut ialah kawasan tanaman jangka pendek iaitu tanaman jagung, keledek, sayuran dan sebagainya. Selain itu terdapat juga kawasan tanaman buah- buahan seperti manggis, rambutan, durian dan sebagainya. Yang seterusnya ialah kawasan ternakan ikan akuakultur dan terakhir ialah kawasan ternakan lembu. Terdapar sebanyak 21 ekor lembu diternak di ladang tersebut. Selain mendapat hasil daripada daging lembu, ladang lembu juga berperanan untuk menghasilkan baja kompos yang diperoleh daripada najis lembu untuk  baja tanaman.
            Selain itu ladang 10 juga mempunyai 8 buah kolam untuk takungan air dan untuk siraman pokok tanaman. Disamping itu, terdapat juga rumah pam air untuk siram kawasan tanaman. Sistem siraman yang digunakan ialah sistem siraman pengairan titis. Sistem ini tidak perlu penjagaan rapi kerana siraman dilakukan secara automatik dan batang paip disalurkan di pangkal pokok tanaman. Melalui siraman secara manual pula, air dimasukkan kedalam tangki sebelum proses menyiram dapat dilakukan dengan mengambil air didalam tangki secara manual.
            Seterusnya pembantu ladang menerangkan pula tentang alat atau jentera yang digunakan dalam pertanian. Untuk tanaman padi terdapat jentera khas untuk tanaman padi iaitu jentera tanaman padi 4 roda dan jentera tanaman 2 roda. Selain itu, padi juga ditanam dengan cara tanam menggunakan tangan iaitu semaian rakit. Disamping itu, pembantu ladang juga menerangkan serba sedikit tentang alat untuk tuai padi, mesin untuk memotong rumput dan alat untuk bajak tanah.
            Selepas itu, pembantu ladang membawa kami melawat tanaman jagung. Sebelum menanam, tanah mestilah dikerjakan dengan menyeluruh untuk menggembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air supaya ianya baik untuk pertumbuhan akar dan pokok. Batas juga perlu dibuat untuk tujuan sistem pengairan bagi mengelakkan air bertakung, dan memudahkan sistem penanaman. Bagi jarak tanaman pula, jumlah biji yang diperlukan bagi menanam 1 hektar tanah bergantung kepada jarak tanaman yang digunakan. Biasanya 75sm x 30sm. Siraman untuk jagung ialah selama 45 minit dan siraman boleh dibuat secara manual ataupun menggunakan sistem pengairan renjis. Bagi menanam jagung pula, traktor digunakan untuk tanaman secara besar-besaran. Bagi kawasan kecil pula kaedah menugal digunakan. Jagung boleh ditanam melalui 3 cara iaitu tanam dalam alur, tanam di atas batas, dan tanam di atas tanah rata. Hasil jagung boleh dipungut 68 hingga 72 hari selepas menanam dan 90 hingga 100 hari untuk biji benih. Teknik kutipan ialah tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang sahaja.
 Selepas itu, pembantu ladang membawa kami ke tempat tanaman sayur pula. Pembantu ladang menerangkan cara penanaman sayur. Cara untuk penanaman sayur ialah guna batas yang berukuran lebar 1 meter. Pembajakan di buat 2 hingga 3 kali kemudian membuat batas sebelum penanaman dilakukan. Untuk tanam sayur terlebih dahulu sediakan benih dan jenis tanaman sayur dahulu. Jenis sayur seperti petola, bendi, dan kangkong biji benihnya boleh ditabur terus di atas batas. Bagi tanaman cili dan terung pula tanaman dilakukan menggunakan kaedah semaian biji benih. Biji benih ditanam di dalam polibag terlebih dahulu dan dibiarkan stabil seterusnya barulah boleh dipindahkan  ke ladang. Sayur terbahagi kepada 3 iaitu sayuran daun seperti sawi, kangkong, dan bayam, sayuran buah seperti bendi, terong, dan petola, serta sayuran umbisi sepertiu keledek dan kentang. Hasil tuaian bagi sayuran daun ialah selama 3 minggu sahaja.
            Seterusnya pembantu ladang membawa kami melihat bagaimana sistem titis dilakukan. Immeter digunakan untuk titiskan air bagi tanaman. Contohnya tanaman betik, air dititiskan di bahagian pangkal pokok sahaja. Selain itu, pokok buah-buahan lain juga boleh menggunakan kaedah titis. Sistem titis dikontrol dengan alat selama 1 jam 20 liter sahaja.
            Seterusnya kami dibawa melawat kolam akuakultur. Terdapat 4 kolam ikan di UPM. Dua buah kolam digunakan untuk mengeluarkan benih dan sistem pengudaraan, manakala dua buah kolam lagi digunakan untuk ternakan ikan. Terdapat dua jenis kolam iaitu kolam semulajadi dan kolam buatan. Kolam semulajadi digunakan untuk kolam tadahan dan kolam buatan digunakan untuk ternakan ikan. Kolam buatan dubuat dengan menggali tanah  untuk membentuk kolam yang bersaiz lebih kurang 0.1 hektar dan bergantung kepada jenis ikan. Antara jenis ikan yang diternak ialah talipia, patin dan keli. Ikan yang dicampur dan diletakkan di kolam yang sama dipanggil polikultur. Untuk memasikan benih ikan hidup, pembajaan dilakukan di dalam kolam. Pengapuran air perlu dilakukan untuk memperoleh nilai Ph 6 hingga 9 yang sesuai untuk ternakan ikan. Zink digunakan disekeliling kolam bagi mengawal musuh utama ikan iaitu memerang daripada menceroboh kolam. Selain itu bagi ternakan di dalam sangkar, sangkar tersebut boleh di buat sendiri dengan frim besi, plampong dan jaring. Sistem sangkar boleh memuatkan  ikan sebanyak 12 petak 20 ribu ikan. Makanan ikan pula terdiri daripada perut ayam, pelet dan sebagainya. Jangka masa ikan diternak ialah selama 8 bulan sebelum hasil dapat di ambil.
            Seterusnya kami dibawa melawat kawasan tanaman padi. Pembantu ladang menerangkan cara-cara penanaman padi dan hal yang berkaitan dengan padi. Terdapat 3 cara penanaman padi di sawah iaitu tabur terus, mengubah dan menggunakan jentera. Antara faktor yang menentukan kejayaan cara tabur terus ialah tanah yang rata dan sistem pngawalan air yang baik. Biji benih pra cambah ditabur berselerak samada dengan tangan atau dengan mesin. Cara mengubah pula boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu dengan tangan (mencedung) dan juga dengan jentera penanaman padi (transplanter). Walaubagaimanapun, kedua-dua cara tersebut diperlukan biji benih disemai terlebih dahulu.
            Penyediaan tanah untuk tanaman padi pula dilakukan sementara menunggu anak benih berada di tapak semaian membesar. Antara tujuan penyediaan tanah sawah ialah untuk mencampurkan bahan organik kedalam tanah bagi meninggikan kesuburannya, untuk mengawal rumpai, untuk mendapat tanah yang subur dan berlumpur, dan untuk membentuk lapisan keras. (hard pan) di bahagian bawah tanah. Pada kebiasaannya tanah dibajak  setelah 3 hingga 7 hari air dimasukkan kedalam sawah. Pembajakan dengan jentera 2 roda biasanya dilakukan bersama dengan kerja meratakan tanah. Pembajakan dilakukan 2 kali dengan selang masa 7 hingga 10 hari daripada pembajakan pertama. Musuh utama padi pula ialah tikus. Bagi memungut hasil padi masak 35 hingga 40 hari selepas berbunga. Penuaian dilakukan samada menggunakan sabit atau menggunakan jentera (jentuai).
            Dengan berakhirnya lawatan kami ke sawah padi maka berakhirlah lawatan kami pada hari tersebut. Sebelum pulang, kami dihidangkan  dengan jagung rebus dan buah betik. Semua yang terlibat menjamu selera sebelum balik.
            Kesimpulannya, lawatan tersebut sangat bagus untuk pelajar bagi meningkatkan lagi pengetahuan tentang pertanian moden dan teknologi terbaru yang digunakan dalam pertanian. Dapat disimpulkan bahawa pertanian bukan hanya tanam dan petik sahaja tetapi pertanian adalah perniagaan dan keuntungan yang diperoleh melalui pertanian dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Disamping mendapat banyak informasi semasa lawatan tersebut, kami juga dapat melepaskan tensyen semasa belajar. Jadi, lawatan tersebut ternyata berkesan bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan bahkan dapat memberikan keseronokan.

Sekian, Terima Kasih.

Friday, 24 May 2013

BBM 3410: GAMBAR UNIK

Posing gambar unik juga merupakan tugasan gabungan 3 buah kumpulan iaitu Permata Hati, Cik Siti Wan Kembang dan Simple Show. Dr. Notts menyuruh kami mengambil 20 keping gambar unik. Gambar tersebut mestilah lain dari yang lain dan mestilah gambar yang belum pernah beliau tengok. Payah juga nak buat gambar kreatif dan unik  mengikut selera Dr. Notts ni..hihi.. Masing2 mencari idea untuk mendapatkan gambar unik yang terbaik. So,, ini lah hasil yang telah kami peroleh sepanjang penggambaran gambar unik. 























BBM 3410: VIDEO PENGAJARAN - ADAB DALAM MASJID

Video pengajaran ini dibuat untuk memberi pengajaran tentang adab2 yang perlu dipatuhi tak kira di mana jua kita berada. Kumpulan kami yang terdiri daripada gabungan 3 kumpulan iaitu  Kumpulan Permata Hati, Cik Siti Wan Kembang dan Simple Show memilih untuk membuat video tentang adab  ketika di dalam masjid. Surau FBMK menjadi lokasi penggambaran kami semua. Saksikan video tersebut di bawah ini. 


BBM 3410: VIDEO KEBIASAAN ORANG MALAYSIA

Video kebiasaan orang Malaysia dibuat bagi memberikan gambaran tabiat masyarakat Malaysia tak kira di mana jua mereka berada. Video ini dibuat dengan gabungan 3 buah kumpulan iaitu kumpulan Permata Hati, Cik Siti Wan Kembang dan Simple Show. Video ini dibuat di Latar Siswa, Sekitar FBMK, dan Sekitar Kolej Serumpun. Saksikan videonya di bawah ini.


                                     

Thursday, 23 May 2013

BBM 3410: SALAM TERAKHIR


Assalamualaikum... sob..sob..sob :'( Sedihnya post terakhir untuk subjek BBM 3410: Bahasa Dalam Multimedia. Banyak kenangan dan peristiwa sepanjang 14 minggu mengharungi tugasan multimedia ini. Gembira, suka, duka, penat, tekanan segalanya bercampur baur dalam diri ini.


Sepanjang 14 minggu bersama sudah cukup mengikat tali silaturrahim kami sebagai adik beradik Linguistik.. Walaupun wujud pelbagai sengketa tetapi itu semua menjadi asam garam dalam kehidupan kami di sini. Berbagai pengalaman, cabaran dan dugaan sepanjang kami bersama....Dari minggu pertama hinggalah minggu 13 bertubi - tubi tugasan menimpa bak hujan mencurah bumi. Antara tugasan tersebut adalah seperti berikut...hehehe Asas grafik, Fotografi emosi, Video one shot, Power point simpulan bahasa, Video seram, Video tanpa wajah, Gambar unik, Video kebiasaan orang Malaysia, dan Video pengajaran dan yang paling stress Video kit promosi bahasa Melayu. Jangan terkejut ya, itu cuma tugasan kumpulan, tugasan individu belum masuk lagi. Antara tugasan inidividu ialah Poster, Kalendar meja, Movie maker, Power point alam sekitar, Twitter, Blog, dan Laman web. Mak aii mesti hangpa tak percaya kan. huhuhu.. Bersengkang mata dibuatnya. Tetapi ada hikmah di sebalik semua itu. Kami sudah pandai sedikit sebanyak tentang dunia miltimedia. Terima kasih banyak2 kepada Dr. Notts dan Dr. Arbaie sebab memberi tugasan dan mengajar kami subjek multimedia ini.



Nak cerita fasal doktor pulak. Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts ni amat mementingkan masa. Semua pelajar masuk awal kalau tahu Dr. Notts nak masuk minggu tu. hihi. Kalau masa Dr. Arbaie semua masuk lambat je. hihihi.. Kalau pakai selipar jamban dia halau keluar. Terpaksalah balik kolej tukar kasut. Walaupun beliau nampak garang tetapi beliau sangat baik hati dan kelakar. Setiap kali tiba waktu kelas beliau, semua pelajar akan berebut nak masuk kelas dan berebut2 nak duduk depan...sebabnya Dr. Notts kata, beliau akan bagi 'A' kepada yg dia ingt muka je....hahaha..katanya lagi....beliau tk suka orang yang duduk kat belakang sebabnya pelajar tersebut akan alpa dan tidak fokus tetapi apabila duduk depan, pelajar tersebut akan fokus dan mudah menerima apa yg diajar. 

Dr. Arbaie pula seorang yang baik hati dan tidak garang langsung. Tetapi tugasan Kit promosi bahasa Melayu yg harus disiapkan membuatkan pelajar stress. Mana tidaknya berminggu2 kami mengadap benda alah 2 tetapi tak siap juga. Dah berpuluh kali  discussion dok mengadap benda yang sangat membosankan tu.  Tapi tak pe itu semua markah untuk kami demi menghadapi semester akhir ini. Harap2 markah yang dapat nanti setimpal dengan usaha keras kami selama ini. Huhu. Hari ni pun sehari suntuk dok bertungkus lumus buat benda alah ni. Uolss nak tau dari pukul 10 pagi sampai 6.30 petang kumpulan kami "berkampung" di Latar Siswa untuk discussion tau..haha..sabor je la..

Mengikuti subjek BBM 3410 ini kami dapat mempelajari banyak benda yang kami kurang arif tentang multimedia. Kami belajar tentang laman web yang sebelum ini kami hanya tahu aplikasi tu wujud tetapi tidak berminat untuk ambil tau. Apabila sudah dipaksa membuatnya..terpaksalah kami mengadap laptop selama berjam-jam...bukan laman web je...beberapa laman di alam maya kami perlu sediakan termasuklah twitter, dan blog...facebook? Dr. Notts tidak berminat dengan facebook kerana katanya facebook ni banyak benda2 mengarut...hahahaha.... memang betul pun cakap beliau.. facebook memang melalikan dan banyak yang mengarut2. Jadi updatelah kami dari semasa ke semasa di blog dan twitter masing2...

Di samping itu juga, dalam aktiviti berkumpulan aku mempelajari tentang asas grafik iaitu asas yang perlu ada dalam sesuatu multimedia seperti kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Asas ini merupakan komponen yang sangat penting. Kami dikehendaki mencari gambar dalam majalah atau buku yang mempunyai ciri-ciri asas grafik dan melekatkannya pada board yang bersaiz A4. Setiap ahli kumpulan menunjukkan komitmen masing-masing. Ada yang mencari gambar, ada yang mencari huruf dan juga ada yang tolong memotong. Tapi bestlah aktiviti tu...daripada dengar lecturer membebel....baik praktikalkan apa yg diajar..hahahah

Nak cerita fasal video pulak. Pertama, 'Video One Shot' kami kena pilih satu lagu, tak kisahlah lagu apa....arahannya, kami perlu miming lagu tersebut dan menari mengikut rentak lagu tersebut. Lagu kami pilih Zapin Usik Mengusik, nyanyian Senario dan Nurhaida.... malu giler beb....tapi demi Dr. Notts kami turutkan jua...Latihan diadakan selama beberapa hari...dan penggambaran dilakukan di Foyer Sanggar Bahasa..Kat situ tak de orang..tambah2 hari minggu...hahahah....suka lah kami rakam kat situ...dah lah kami ni memang 'hebat' untuk menari zapin..hahaha hebat sangat.. dah macam senam robik, bersilat pun ada..hahaha pecah perot. Video yang kedua ialah video seram dan ketiga video tanpa wajah yang telah diceritakan sebelum ini di entry yang lepas..

Tak habis di situ, gara2 tugasan video yang diberi saya sering di booking menjadi pelakon tambahan untuk video kumpulan lain juga. hihihi.. Watak yg selalu diberikan ialah menjadi boyfriend dorang..Bertambah2 la gosip dan kontroversi lepas tu. hihi sampaikan saya digelar kasanova katanya. Setiap kali video ditayangkan di hadapan kelas saya tersipu2 malu. ngeh3.. Jangan lupa tengok video2 tu semua ada dalam blog saya ni..

Itulah sedikit sebanyak pengalaman sepanjang menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Setakat ini sahajalah dahulu kisah suka duka menghadapi kelas multimedia ni.. Walaupun hampir 100 kali buat discussion untuk menyiapkan tugasan, sesungguhnya saya amat gembira walaupun sedikit stress dengan tugasan yang diberikan. Kelas ni mengajar saya erti semangat kerja berkumpulan, setia kawan, menghargai masa, komitmen, pengalaman baru dan sebagainya.. Sesungguhnya juga kelas ini banyak mencipta kenangan antara kami adik beradik linguistik sebelum kami semua bergraduat.

Akhir kata jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Notts dan Dr. Arbaie serta sahabat sekalian yang telah berjaya mencipta kenangan yang terindah di UPM melalui subjek BBM3410 ni.. Maafkan segala silap dan salah saya selama kita bersama. In shaa Allah ada waktu kita berjumpa lagi. Saya doakan kita semua berjaya. Saya sayang anda semua.