Thursday 18 April 2013

BBM3410 - PENGALAMAN VIDEO SERAM

   Tugasan kali ni video seram la pulak. Dr. Notts menyuruh semua kumpulan membuat video seram ataupun pembunuhan. Video tersebut mestilah tanpa skrip, tanpa suara dan hanya bunyi sound effect sahaja dibenarkan.  Durasi video adalah lebih kurang 4 minit sahaja. Bukan main susah lagi perah otak fikir idea. Nak buat video seram 4 minit bukannya senang. Kumpulan kami membuat perbincangan pada hari sabtu 13/4/13 jam 2PM. Setelah berbincang dan mendapat idea maka kami memutuskan untuk berlakon pada sebelah malamnya. Petang tu juga aku pergi beli alatan untuk berlakon seram. Aku beli tepung gandum dan sirap seperti yang diarahkan oleh ketua kumpulan, Asrul.
    
    Malamnya, jam 8.30 kami berkumpul di Sanggar 12, Kolej Serumpun iaitu lokasi yang kami pilih untuk penggambaran. Setelah semua ahli kumpulan berkumpul dan watakpun sudah ditetapkan maka bermulalah sesi penggambaran. Aku dan Aswadi memegang watak utama iaitu Aswadi sebagai pembunuh dan aku sebagai hantu. Hihihihi...
    
    Watak aku sebagai hantu memerlukan aku dimekapkan supaya kelihatan seram. Maka sirap pun menjadi losyen muka ku pada malam itu. Proses membuat darah yang kami lakukan adalah dengan mencampurkan tepung dengan sirap dan sedikit air. Ia bertujuan untuk memekatkan darah tersebut supaya nampak seperti darah sebenar.
   
    Semasa sesi penggambaran banyak scene yang tidak menjadi dan kami melakukannya berulang kali bagi mendapatkan rakaman yang terbaik. Penggambaran cerita hantu kami menjadi lucu dengan gelak ketawa kerana scene yang tidak menjadi. Ditambah pula juru kamera kami, Asrul jatuh longkang sebab terlalu leka merakam. Hahahahaha.
    
    Lebih kurang 3 jam berlakon akhirnya berjaya juga video seram disiapkan. Video seram kumpulan kami berjudul "Panggilan Maut". Proses seterusnya adalah editing dan upload di youtube. Dah jadi artis youtube la kami nampaknya.. Ngeh3... Silalah tengok video seram kami di bawah ni. Sekian.



No comments:

Post a Comment