Friday 23 November 2012

12 BARISAN UMAT MUHAMAD DI PADANG MAHSYAR








12 BARISAN UMAT MUHAMAD DI PADANG MAHSYAR

Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya

Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat
tetapi masih melakukan kemungkaran

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan
perut seperti gunung
penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat

Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah
dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli

Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup
berbau sangat busuk
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau
maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut
kepada Allah

Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan
tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan
cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang
 teraniaya

Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar
darah dari mulutnya
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau
menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan
hukuman tidak dapat dijalankan

Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik
(kaki ke kepala)
manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa
bertaubat

Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan
 mata serta perutnya
berapi Mereka di dunia memakan harta anak yatim

Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh
dengan lepera dan belak
 (sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya

Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk,
bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai
ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak

Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.

Kita di barisan mana?????????  Renung renungkan lah


Sunday 7 October 2012

JENIS2 ANAK SETAN




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

  1. Zalituun
>Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
>Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang  tidak perlu.

2. Wathiin
>Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
>Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
>Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai  kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
>Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang  berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
>Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
>Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
> Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri-isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..
 
> 10. Isetan. 
> Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
> Kebaikan    :     Memberi potongan harga pada Karnival jualan. 
> Keburukan  :     Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe  yg  lakinya dah tunggu  kat kereta.
> Pesanan      :     Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an  pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

>  11. Hindusetan
>Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan
  tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

>  12. Santan
> Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak cuma kalu lebih dapat penyakit....   heheheheheh................

Monday 4 June 2012

CUTI STUDY WEEK

Apa yang anda buat?

Friday 1 June 2012

MESTI BACA !!!





 




8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita


1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk
melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya
lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu
mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan
tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) < Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Monday 21 May 2012

KATA-KATA MUTIARA


BILA HIDUPMU BERADA DLM KEGELAPAN, BERDOALAH. DAN APABILA SELESAI BERDOA,
KEGELAPAN MASIH MENGELILINGIMU, BAYARLAH BIL ELEKTRIKMU... INSYALLAH TERANG!!!!


Dua pemuda berbual diterminal lapangan terbang
A: Eh, kau perasan tak kapal terbang tak boleh mengundur.
B: Ha ah laaa... .. Tengok tu, kena ade kereta tolak.
A: Kau tau ape sebabnya?
B: Sebab tak de gear undur kot... .!!
A: Tak lah... .. pasal kapal terbang tak ada side mirror. Cuba kau perati.
B: ? Ha ah laaa ... ... ..!!!

Adik : Abang tahu tak antara batman ngan superman yang mana lebih berani?
Abang : Superman lah, pasal dia berani pakai seluar dalam kat luar.Tunjuk
kat semua orang.
Adik : Salah tu bang. Batman lagi berani.
Abang : Apesal pulak..??
Adik : Pasal batman pakai seluar dalam hitam dia kat kepala... .
Abang : Hmmmm... . ye tak ye jugak ye... .

SENYUM PADA ORG TUA, TANDA HORMAT.
SENYUM PADA KANAK KANAK, TANDA SAYANG.
SENYUM PADA KEKASIH, TANDA CINTA.
SENYUM DEPAN PC, TANDA GILE!!
MASIH SENYUM, MEMANG SAH GILER!!!!

Sunday 20 May 2012


 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

Blog Beginner

Anda ada blog??? best kan ada blog sendiri!!! semua luahan hati post jer dalam blog.hehehehe...nak cite pasal apa? gembira, sedih, suka, duka  dan macm2 lagi boleh cite cuma guna hujung jari anda je..senang mudah dan ringkas...so buatlah blog untuk kehidupan kita...i lov blog..saya sudah ada blog...anda bila lagi???