BeRaTNyeR MenJAdi LelAki!!
LELAKI
*********
1. Lelaki bujang
kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis
bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki
berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang
belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN!!
3. Hukum
menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia
tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang
tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!
4. Suami kena
bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu
isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau
nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah
olehAllah SWT.
WANITA
**********
1. Wanita
auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu
meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.
3. Wanita
saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu
menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib
taat kepada suaminya.
7. Talak
terletak di tangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang
dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkan kita
lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata
tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorang wanita. Wanita
perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka
perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dananak-anak. Wanita perlu
bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia
didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Diakhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
*isterinya,
*ibunya,
*anak
perempuannya
*saudara
perempuannya
Manakala seorang
wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4orang lelaki
ini :
*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara
lelakinya
Seorang wanita
boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya
cukup dgn 4 syarat sahaja :
*sembahyang 5
waktu
*puasa di bulan
ramadhan
*taat suaminya
*menjaga
kehormatannya
Seorang lelaki
perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya
serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala
seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.