Doktor
memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith
yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran
Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan
garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka
8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 +
18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut
adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut
cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan
kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil
sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah makan nasi dan lauknya.
Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi
di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di
tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman
(digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap
garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air
mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg palingberkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab
ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi
keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of reatment for
poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat
menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara
Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk
membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan
makanan itu.
3.
Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan
untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian
dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah
dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah
kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada
haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita
minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan
meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan
menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan
menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali
orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah
berkahwin yang berzina?
Badan
manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.
Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum
tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan
beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat
menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana
sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki
yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan
virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali
ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya
direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah
sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia
akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan
oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah
dan mengapa ia empat persegi (cube).
Ia
terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para
cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah
sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia
melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity,
tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi
sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan
Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah
Jazakallah
TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN
BERGUNA.... BAGUS NI...
No comments:
Post a Comment