( 1 ) KAHOOT
( 2 ) QUIZIZZ
( 3 ) QUIZLET
Assalamualaikum w.b.t
PENDAHULUAN
Dalam
dunia yang serba mencabar arus kemodenan ini, kita tidak boleh lari dengan arus
teknologi yang boleh digambarkan bak cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu
sektor yang menerima tempias dengan teknologi masa ini ialah sektor pendidikan.
Hal ini demikian kerana, sektor ini merupakan asas bagi membentuk masyarakat
yang berilmu pengetuahuan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah dunia teknologi
semakin pesat membangun bagi menarik minat para pelajar dalam menguasai ilmu
pengetahuan oleh sebab ilmu merupakan pelita hidup yang menerangi manusia
sejagat. Justeru pelbagai aplikasi seperti Kahoot,
Quizizz, Quizlet dan banyak lagi muncul bagi memudahkan sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) oleh guru untuk disampaikan kepada anak didik
masing-masing.
KAHOOT
Tidak
dapat disangkal dan dinafikan lagi bahawa salah satu penggunaan aplikasi yang
popular yang sering digunakan oleh para pendidik ialah aplikasi yang deberi
nama Kahoot. Pernahkah anda mendengar nama Kahoot? Jika pernah, saya pasti anda
merupakan seorang guru yang komited dalam mendidik anak bangsa tercinta. Bagi
mereka yang tidak pernah mendengar nama
tersebut, akan saya perjelaskan ia secara lebih terperinci.
Melalui pengalaman saya semasa
menggunakan aplikasi ini dalam sesi PdPc saya Kahoot merupakan
suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk
merangsang minat murid semasa proses PdPc melalui suasana pembelajaran secara
interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya
ialah komputer, tablet dan telefon pintar.
Para pendidik dapat membina pelbagai
kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi nombor pin kuiz tersebut
untuk dijawab oleh murid. Skrin di hadapan kelas akan menjadi paparan utama
yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan menggunakan kad warna masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang
diberi. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadikan murid fokus dalam
menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang
hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas.
Selain itu, murid juga dapat melihat
kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui kedudukan dan masa yang
dipaparkan pada skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung
mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui permaian
secara interaktif. Bukan itu sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan
suasana PdPc yang menyeronokkan dan mendisiplinkan murid dari segi
memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan. Penggunaan Kahoot dalam
PdPc juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai
dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke-21.
Jelaslah menunjukkan bahawa aplikasi Kahoot yang diperkenalkan oleh guru
dalam sesi PdPc boleh mendorong minat pelajar dalam mempelajari sesuatu topik.
Topik yang sukar juga akan menjadi senang diingati apabila bermain aplikasi
ini. Bulan semakin terang, bayang kian jelas, penggunaan aplikasi Kahoot boleh menjadikan prestasi
pelajaran seseorang pelajar meningkat di samping menarik minat mereka untuk
belajar. Tambahan pula nilai-nilai murni dapat dipupuk melalui amalan
bekerjasama dalam satu kumpulan. Justeru, tidak hairanlah Kahoot menjadi pilihan ramai guru dalam menjayakan sesi PdPc
mereka.
QUIZIZZ
Adakah
anda pernah mendengar dan menggunakan aplikasi Quizizz? Saya pasti aplikasi ini merupakan aplikasi pembelajaran
yang paling polular dalam kalangan pelajar. Mana tidaknya, pelajar-pelajar
sering mengajak guru-guru mereka ke pusat sumber atau makmal komputer dek
kerana ketagih bermain aplikasi yang cukup menyeronokkan ini. Hal ini merupakan
satu perkara yang positif dapat dilihat dalam diri anak-anak pelajar apabila
mereka berminat dalam menuntut ilmu oleh sebab aplikasi yang menarik seperti Quizizz.
Apakah itu Quizizz ? Saya akan kupas dengan lebih lanjut tentang penggunaan Quizizz dalam sesi PdPc yang telah
dilakukan di dalam kelas. Quizizz adalah
salah satu aplikasi web yang menarik
untuk digunapakai dalam pendidikan. Ia dianggap mampu menggantikan cara lama
kuiz yang hanya melibatkan kertas dan pen, yang dilihat sebagai membosankan. Quizizz adalah percuma dan tidak
memerlukan apa-apa bayaran. Melalui Quizizz
yang telah diadakan, seseorang dapat mencipta kuiz baharu atau mencuba
kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna Quizizz. Selain itu, guru terutamanya boleh memilih sama ada kuiz
yang akan dilaksanakan, dibuat secara langsung (live) ataupun sebagai
kerja rumah.
Apabila saya memperkenalkan Quizizz dalam sesi PdPc, tanpa mengambil
masa yang lama, saya boleh sama ada membuat kuiz sendiri atau memilih kuiz
sedia ada yang dirasakan sesuai untuk pelajar, kemudian saya telah memberikan kod
akses untuk kelas maya kuiz tersebut. Melalui leaderboard, saya
boleh mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya. Kod akses telah
saya berikan kepada pelajar agar mereka dapat log masuk di samping perlu
menulis nickname masing-masing tanpa perlu mendaftar dengan Quizizz. Apabila semua pelajar sudah
menyempurnakan semua yang disebutkan tadi maka saya boleh klik butang “start
game“.
Dari perspektif yang berlainan pula, pelajar
dapat menjawab kuiz secara sendiri tetapi seolah-olah bermain bersama-sama
kerana dalam Quizizz terdapat
elemen-elemen yang menarik seperti penggunaan avatar, leaderboard dan meme yang
bersifat lucu. Saya dapat menganalisis laporan kemajuan pelajar melalui
data yang diperoleh. Melaluinya juga saya dapat membantu pelajar di bahagian
yang dirasakan lemah.
Terdapat banyak kelebihan Quizizz yang saya kenal pasti semasa
menggunakan aplikasi tersebut. Antaranya adalah :
Ø
Pembelajaran
bersifat interaktif dan menarik dengan adanya avatar, leaderboard,
tema, muzik dan sebagainya.
Ø
Kuiz
dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa mengambil masa yang lama.
Ø
Membolehkan
guru menyediakan data dan laporan tahap penguasaan pelajar dengan terperinci.
Ø
Boleh
dimainkan menggunakan komputer, tablet ataupun telefon pintar.
Ø
Pelajar
tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz.
Ø
Kuiz
boleh disediakan sendiri oleh guru dan dikongsikan dengan sesiapa sahaja.
QUIZLET
Pernahkan
anda mendengar perkataan Quizlet ?
Quizlet merupakan aplikasi kuiz
interaktif yang memfokuskan kepada kuiz berbentuk terma (terms) dan
maksud atau penerangan (description). Ia amat sesuai digunakan
untuk memperkenalkan sesuatu terma baru berserta maksud untuk dijadikan sebagai
bahan bantu mengajar. Pelajar boleh mengulang kaji secara Flashcard,
membaca, mendengar, membuat ujian dan macam-macam lagi. Yang lebih menarik
ialah Quizlet juga boleh dibuat secara live di
dalam kelas.
Semasa saya memperkenalkann Quizlet kepada para pelajar, kelihatan
mereka amat teruja untuk mengetahui aplikasi ini kerana ia merupakan satu
medium yang boleh menyampaikan maklumat dengan cepat, mudah dan pantas. Untuk
bermain kuiz yang terdapat dalam aplikasi Quizlet,
pelajar dikehendaki bermain dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada empat
orang dalam satu kumpulan. Secara tidak langsung di samping pelajar memperoleh
ilmu pengetahuan, mereka juga dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
kerjasama, berfikiran rasional dan semangat berpasukan.
Bukan sahaja dapat bermain kuiz
berkumpulan, pelajar juga mendapat nota yang diberikan guru dan menulisnya semula
dalam buku latihan masing-masing. Jadi tidak hairanlah jika seseorang guru
menggunakan aplikasi ini semasa sesi PdPc, ia menjadikan pelajar lebih berminat
untuk belajar dan mengelakkan pelajar menjadi bosan dan mengantuk di dalam
kelas.
Secara umumnya, Quizlet berfungsi sebagai satu medium atau alat bantu dalam proses
PdPc yang mana pelajar bebas memilih pelajaran (dikenali sebagai set pelajaran)
untuk dipelajari, manakala pengajar pula
dapat membina set pelajaran tersendiri mengikut kesesuaian topik yang
diajar.
Set pelajaran untuk sesuatu topik (berkaitan perbendaharaan kata) sangat
bersesuaian bagi proses PdPc bahasa.
Terdapat beberapa aturan yang menyokong set pelajaran tersebut bagi memastikan
proses PdPc secara atas talian lebih interaktif dan efektif. Aturan sokongan
itu permainan dan aktiviti yang santai, iaitu; Flashcards (untuk proses hafazan dan sebutan), Learn (untuk memulakan pembelajaran), Speller (untuk proses sebutan dan ejaan
yang betul), Tests (untuk ujian
ulangkaji pelbagai bentuk soalan), Scatter
(permainan uji kecekapan ingatan melalui perkataan yang diselerakkan) dan Space
Race (permainan uji ingatan dan ejaan yang betul).
Kesimpulannya, Quizlet ini sangat menarik dan amat bersesuaian untuk kegunaan PdPc
bahasa terutama berkaitan dengan hafazan perbendaharaan kata. Fungsi dan aturan yang dipaparkan di dalam laman ini
menjadikan proses hafazan tidak lagi menjadi sesuatu aktiviti yang membosankan
dan membebankan, bahkan memberi ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk
menghafaz secara santai dan menyeronokkan.
PENUTUP
Konklusi
yang dapat disimpulkan di sini adalah, melalui pengajaran dan pembelajaran yang
mengikut arus perkembangan pendidikan terkini, PdPc abad ke-21 haruslah
diberikan penekanan yang sewajarnya. Penerapan aplikasi pembelajaran seperti Kahoot, Quizizz dan Quizlet di sekolah dapat
memberi impak yang positif kepada semua pendidik dan murid-murid di sekolah.
Tambahan pula, penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan web dapat memberi
impak yang besar kepada murid untuk meneroka ilmu yang dipelajari dan membuka
peluang kepada murid untuk berfikir aras tinggi.
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan yang positif kepada golongan pendidik serta pelajar di mana mampu melahirkan guru dan pelajar yang celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan sesuatu medium seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan kepada pelajar dengan berkesan melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para pendidik juga mampu menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan murid dan komuniti pengajar yang lain.
Setuju, Pelajar akan teruja bila menggunakan teknologi. Memudahkan medium pngajaran...
ReplyDelete