Thursday, 18 April 2013

BBM3410 - PENGALAMAN VIDEO SERAM

   Tugasan kali ni video seram la pulak. Dr. Notts menyuruh semua kumpulan membuat video seram ataupun pembunuhan. Video tersebut mestilah tanpa skrip, tanpa suara dan hanya bunyi sound effect sahaja dibenarkan.  Durasi video adalah lebih kurang 4 minit sahaja. Bukan main susah lagi perah otak fikir idea. Nak buat video seram 4 minit bukannya senang. Kumpulan kami membuat perbincangan pada hari sabtu 13/4/13 jam 2PM. Setelah berbincang dan mendapat idea maka kami memutuskan untuk berlakon pada sebelah malamnya. Petang tu juga aku pergi beli alatan untuk berlakon seram. Aku beli tepung gandum dan sirap seperti yang diarahkan oleh ketua kumpulan, Asrul.
    
    Malamnya, jam 8.30 kami berkumpul di Sanggar 12, Kolej Serumpun iaitu lokasi yang kami pilih untuk penggambaran. Setelah semua ahli kumpulan berkumpul dan watakpun sudah ditetapkan maka bermulalah sesi penggambaran. Aku dan Aswadi memegang watak utama iaitu Aswadi sebagai pembunuh dan aku sebagai hantu. Hihihihi...
    
    Watak aku sebagai hantu memerlukan aku dimekapkan supaya kelihatan seram. Maka sirap pun menjadi losyen muka ku pada malam itu. Proses membuat darah yang kami lakukan adalah dengan mencampurkan tepung dengan sirap dan sedikit air. Ia bertujuan untuk memekatkan darah tersebut supaya nampak seperti darah sebenar.
   
    Semasa sesi penggambaran banyak scene yang tidak menjadi dan kami melakukannya berulang kali bagi mendapatkan rakaman yang terbaik. Penggambaran cerita hantu kami menjadi lucu dengan gelak ketawa kerana scene yang tidak menjadi. Ditambah pula juru kamera kami, Asrul jatuh longkang sebab terlalu leka merakam. Hahahahaha.
    
    Lebih kurang 3 jam berlakon akhirnya berjaya juga video seram disiapkan. Video seram kumpulan kami berjudul "Panggilan Maut". Proses seterusnya adalah editing dan upload di youtube. Dah jadi artis youtube la kami nampaknya.. Ngeh3... Silalah tengok video seram kami di bawah ni. Sekian.



Wednesday, 10 April 2013

SIMPULAN BAHASA UPM

     Alhamdulillah siap juga tugasan kalendar dan poster setelah beberapa minggu bersengkang mata. Huhuhu. Tunggu nak p print je nanti balik kolej. Maklumla lani masih dlm mood cuti midsem.
     Sementara ada masa free ni aku nak kongsi sikit tentang tugasan simpulan bahasa yang kumpulanku  buat minggu lepas. Entry sebelum ni video one shot dah aku post kan dalam blog kesayanganku ini. Sekarang tiba masa untuk simpulan bahasa pula.
     Pada minggu tersebut Dr. Notts memberikan tugasan simpulan bahasa. Kami perlu mengambil gambar yang sesuai bagi menerangkan maksud simpulan bahasa yang dipilih dan perlu membuat slideshow  untuk ditayangkan di dalam kelas. Sebelum itu kami dikehendaki memilih 12 simpulan bahasa yang berbeza bagi  setiap kumpulan. Aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas. Seronok juga sebab masing - masing berebut nakkan simpulan bahasa yang mudah untuk disesuaikan dengan gambar. Hehehe.
    Antara simpulan bahasa yang kumpulan kami pilih ialah abang kandung, abang angkat, geli hati, angkat kaki, hancur hati, ikat perut, keluarga kandung, perang mulut, tidur ayam dan banyak lagi. Kumpulan kami membuat sesi penggambaran di sekitar Sanggar Kolej 12. Dalam proses menghasilkan gambar yg bersesuaian, kami perlu berfikiran kreatif bagi menghasilkan gambar2 yg dpt menjelaskn maksud sebenar simpulan bahasa. Kami seronok sebab dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan bergelak ketawa.
    Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, hari rabu kelas kami bermula dengan penayangan slide simpulan bahasa tersebut. Berlaku sedikit masalah teknikal semasa slide hendak dibentangkan. Lagu latar untuk slide tersebut tidak dapat dimainkan, namun segalanya dapat diatasi dengan memainkan lagu latar di luar slide.
    Setelah selesai pembentangan, 4 daripada 12 simpulan bahasa kami di 'reject' oleh Dr.Notts dan kwn2. Kata Dr. Notts mana2 simpulan bahasa yang tidak bersesuaian dengan gambar perlu dibuat pembetulan.
    Namun kami sekumpulan amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah berjaya disiapkan. Apa yang penting adalah semangat kerjasama antara ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan tersebut.
















Tuesday, 9 April 2013

VIDEO ONE SHOT UPM

     Alahai video one shot la pulak, stress bila mendengar tugasan yg diberikan pada minggu tersebut.. Dah la nak kena balik kampung sebab nak tengok nenek sakit. Tiket bas dah beli dah, jadi nak tak nak kena balik juga la. Tapi demi tugasan ini aku balik awal ke kolej.
   
   Tibalah hari yang ditunggu - tunggu, setelah persetujuan dengan semua ahli kumpulan, kami bersepakat untuk 'shooting' video one shot di Sanggar Bahasa, FBMK. Pukul 2 petang hari ahad bermulalah kami merakam video tersebut. Kumpulan kami memilih lagu Zapin Usik Mengusik yang di popularkan oleh kumpulan Senario. Ahli kumpulan kami seramai 5 orang yang di anggotai 4 teruna dan seorang dara.
   
    Pada mulanya kami bercadang untuk shooting di Taman Bunga Sanggar Bahasa, tetapi semasa sedang setting tempat untuk shooting, hujan turun dengan lebatnya, jadi terpaksalah kami menukar tempat iaitu di tempat teduh di Foyer Sanggar Bahasa.

     Kumpulan kami mengenakan baju Melayu bagi sang kumbang dan baju kurung bagi sang bunga. Pemilihan baju tersebut adalah sesuai dengan lagu zapin yang kami dendangkan. Tanpa mengikuti kelas tarian, kami semua nampak kekok kerana tidak pandai menari zapin. Hahaha.. Macam2 gaya ada, gaya bersilat, lari setempat, senam robik semua ada, pecah perut kami ketawa. Mujurlah ada ahli kumpulan kami yang pandai juga berzapin. Dengan tunjuk ajar beliau, menjadi jugalah tarian zapin kumpulan kami. HUHUHU menjadi ke??? hahaha. Sebanyak 5 video telah kami rakam. Setelah berpuas hati dengan video yang ke lima, maka kami memilih video tersebut untuk di muat naik ke dalam youtube kelak.


      Tak habis di situ sahaja, kami juga perlu menayangkan video tersebut di hadapan kelas pada minggu berikutnya. Adoyaiii maluuuu... tapi tak pe sebab kami happy dengan gelak ketawa rakan2 semua. Hehehe.

      Sekian sahaja serba sedikit selok - belok dalam menyiapkan video one shot tarian zapin kumpulan kami PERMATA HATI.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan, ASROL, MAZLAN, ASWADI dan MUNA kerana bersungguh - sungguh dalam menyiapkan video tersebut. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Dr. Normaliza kerana mengajar subjek Bahasa Dalam Multimedia yang telah banyak mengajar apa yang saya tidak tahu selama ini. Tunggu entry seterusnya ya video seram sangat..huhuhu seram sangat..

p/s : Kepada pembaca, pelawat, piminat blog dsb bolehlah tgk video kumpulan kami di bawah ini.