Alhamdulillah siap juga tugasan kalendar dan poster setelah beberapa minggu bersengkang mata. Huhuhu. Tunggu nak p print je nanti balik kolej. Maklumla lani masih dlm mood cuti midsem.
Sementara ada masa free ni aku nak kongsi sikit tentang tugasan simpulan bahasa yang kumpulanku buat minggu lepas. Entry sebelum ni video one shot dah aku post kan dalam blog kesayanganku ini. Sekarang tiba masa untuk simpulan bahasa pula.
Pada minggu tersebut Dr. Notts memberikan tugasan simpulan bahasa. Kami perlu mengambil gambar yang sesuai bagi menerangkan maksud simpulan bahasa yang dipilih dan perlu membuat slideshow untuk ditayangkan di dalam kelas. Sebelum itu kami dikehendaki memilih 12 simpulan bahasa yang berbeza bagi setiap kumpulan. Aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas. Seronok juga sebab masing - masing berebut nakkan simpulan bahasa yang mudah untuk disesuaikan dengan gambar. Hehehe.
Antara simpulan bahasa yang kumpulan kami pilih ialah abang kandung, abang angkat, geli hati, angkat kaki, hancur hati, ikat perut, keluarga kandung, perang mulut, tidur ayam dan banyak lagi. Kumpulan kami membuat sesi penggambaran di sekitar Sanggar Kolej 12. Dalam proses menghasilkan gambar yg bersesuaian, kami perlu berfikiran kreatif bagi menghasilkan gambar2 yg dpt menjelaskn maksud sebenar simpulan bahasa. Kami seronok sebab dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan bergelak ketawa.
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, hari rabu kelas kami bermula dengan penayangan slide simpulan bahasa tersebut. Berlaku sedikit masalah teknikal semasa slide hendak dibentangkan. Lagu latar untuk slide tersebut tidak dapat dimainkan, namun segalanya dapat diatasi dengan memainkan lagu latar di luar slide.
Setelah selesai pembentangan, 4 daripada 12 simpulan bahasa kami di 'reject' oleh Dr.Notts dan kwn2. Kata Dr. Notts mana2 simpulan bahasa yang tidak bersesuaian dengan gambar perlu dibuat pembetulan.
Namun kami sekumpulan amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah berjaya disiapkan. Apa yang penting adalah semangat kerjasama antara ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan tersebut.

No comments:
Post a Comment